Kebanyakan aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
Pada 1 Januari 2009 yang lalu , Perpustakaan DESA Seremban Jaya telah mengadakan promosi di sekolah kami. 10 orang pegawai dari Perpustakaan Desa dan Perpustakaan Awam terlibat dalam menjayakan aktiviti tersebut. Mereka juga bertindak sebagai fasilitator .Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk menarik minat murid menjadi masyarakat berilmu. Para peserta terdiri daripada 100 orang murid-murid tahun 5. Hadiah bagi setiap pertandingan ditaja oleh Perpustakaan Desa/Awam Negeri Sembilan.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga bertemu lagi di tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment